The Most Martial Arts Kicks By A Team In 24 Hours

[Banner program]



SHAH ALAM 21 Julai - Universiti Sains dan Pengurusan (MSU) sekali lagi menempa nama dalam Malaysia Book Of Records (MBR) apabila mencipta rekod baru untuk program Tendangan Seni Mempertahankan Diri Tanpa Henti Selama 24 Jam.

Program bermula pukul 10 pagi semalam disertai kira-kira 520 pelajar dari pelbagai jurusan yang menyertai Kelab Gayung Patani, Seni Silat Gayung Malaysia, Silat Cekak Hanafi dan Taekwondo berjaya merekodkan 611,888 tendangan.

Jumlah terbaru itu mengatasi rekod yang dipegang oleh Universiti Teknologi Petronas (UTP) yang sebelum ini mencatat rekod tendangan sebanyak 109,945 kali.

Pengarah program, Abdul Qayyum Mahamod berkata, kesemua peserta mengambil masa kira-kira seminggu untuk menjalani latihan kecergasan di pusat gimnasium MSU sebelum program bermula.

Beliau berkata, sepanjang sesi latihan dan program diadakan, Pasukan Bulan Sabit Merah (PBSM) telah ditugaskan untuk memantau kesihatan semua peserta.

"Pada program ini, peserta perlu membuat tendangan tanpa henti secara bergilir-gilir selama 24 jam bagi mencapai sasaran sebanyak 350,000 tendangan dan memecahkan rekod sebelum ini iaitu 109,945.

"Sebagai simbolik, setiap tendangan itu merupakan luahan rasa kebencian pelajar terhadap elemen negatif yang sinonim dikaitkan dengan remaja seperti pengagihan dadah, pembuangan bayi, merokok, buli dan sebagainya," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Wakil MBR, Myra Dzaman telah menyampaikan sijil pengiktirafan kepada Naib Presiden Komunikasi Korporat MSU, Rosli Yusof.

Abdul Qayyum turut memberitahu, program tersebut diadakan sempena sambutan Hari Pahlawan pada Julai lalu.

"Selain acara itu, kami turut mengadakan aktiviti sampingan bersama pasukan keselamatan yang bertanggungjawab menjaga keamanan negara seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela), Bomba dan Penyelamat serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," ujarnya.


Nota / Penafian:

Pengarah program, Abdul Qayyum Mahamod berkata, kesemua peserta mengambil masa kira-kira seminggu untuk menjalani latihan kecergasan di pusat gimnasium MSU sebelum program bermula.


Sebenarnya bukan mengambil masa kira-kira seminggu untuk menjalani latihan kecergasan tetapi persiapan sebelum program bermula adalah selama seminggu. Kebanyakan peserta tidak pernah menjalani latihan kecergasan selama seminggu dan bagi hardcore sekali tidak larat nak training seminggu sebelum program bermula.


Gambar-gambar lain yang sempat diambil semasa program berlangsung adalah seperti di bawah;







































Sumber:

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...