Perkhemahan Perdana BSMM Peringkat Negeri Kelantan 2011

Satu program Perkhemahan Perdana Bulan Sabit Merah Malaysia Cawangan kelantan telah diadakan pada 27 hingga 30 April 2011, bertempat di Kem Latihan Bulan Sabit Merah Malaysia, Kandis, Bachok. Ianya tidak jauh dari Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan.

Berikut adalah gambar-gambar yang telah diambil sepanjang perkhemahan tersebut;


[Fasilitator perkhemahan]


[Dahan terpaksa dipotong untuk memasang wayar sumber bekalan elektrik]


[Tag diberikan kepada fasilitator]


[Taklimat kepada fasilitator]

Fasilitator dan pegawai serta urusetia terpaksa datang awal ke tapak perkhemahan untuk menyiapkan tapak dan membuat beberapa perkara termasuklah menyiapkan tag nama kepada peserta, guru pengiring, keselamatan, persegaran dan logistik. Wayar bekalan elektrik dipasang merentasi kawasan perkhemahan pada malam sehari sebelum hari perkhemahan. Kawasan tapak bagi subkem ditandakan semula pada pagi hari perkhemahan.


[Fasilitator dan urusetia menyiapkan tag]


[Ais krim]


[Bahagian pendaftaran]


[Peserta mengambil wudhu]


[Banner dari PPD Kuala Krai]


[Peserta memasang khemah di subkem masing-masing]


[Siaraya menyiapkan speaker]


[Berehat seketika]


[Peserta membantu dibahagian persegaran]




[Beberapa unit Clinton Cooker digunakan]


[Memasang api di dapur Clinton Cooker]

Mengikut aktiviti dan perancangan sepanjang perkhemahan, beberapa peserta diminta melaporkan diri mengikut PPD atau sekolah masing-masing di bahagian persegaran bagi membantu memasak untuk semua peserta yang hadir]


[Flying sheet untuk alas tempat solat]


[Taklimat kepada para fasilitator]


[Khemah tertungkup]



[Taklimat kepada para Unit Keselamatan]


[Unit Keselamatan]

Taklimat dan penerangan diberikan kepada Unit Keselamatan berhubung keselamatan sepanjang perkhemahan ini. Beberapa tindakan tegas terpaksa diambil seperti pemakaian tag kepada semua bagi membezakan peserta dan orang luar yng mungkin datang untuk menceroboh dan mengelakkan kejadian yang tidak diingini dari berlaku.




[Banner dari SMK Tok Janggut, Pasir Puteh]


[Saudara Mohd Faizal dan En. Nazari]


[Bersama MA BSMM Kelantan, Encik Nik Azhar]


[Salah seorang tenaga pengajar Radio Amatur mendapatkan rawatan kerana tidak sihat]


[Salah seorang peserta mendapatkan rawatan di Sickbay / Medical Base kerana gigitan serangga]

Sepanjang perkhemahan, para petugas bahagian kecemasan turut ditempatkan bagi memberi rawatan kepada peserta dan petugas sekiranya terdapat kes-kes yang melibatkan kecemasan. Bahgian kecemasan datangnya dari Pusat Rawatan Komuniti yang juga Unit Pasukan Bantuan Sukarela di bawah BSMM Cawangan Kelantan iaitu Unit 8.


[Peserta semasa malam pertama di tapak perkhemahan]


[Pandangan dari hadapan pentas]

Beberapa taklimat disampaikan kepada para peserta berkenaan program sepanjang perkhemahan dan beberapa perkara lagi yang perlu dilakukan oleh para peserta.



[Unit atau bahagian Siaraya]


[Bahagian Keselamatan]


[QSO atau bercakap menerusi gelombang radio]


[Walkie talkie Unit Logistik]

Unit Keselamatan kesemuanya adalah dari rakan Rado Amatur yang meluangkan masa mereka untuk melancarkan program perkhemahan ini. Kerjasama dari kelab Radio Amatur, Akrab iaitu salah satu kelab radio yang aktif di Bachok. Mereka membenarkan petugas Unit Keselamatan menggunakan talian di frekuensi mereka sekiranya terdapat sebarang kecemasan. Unit Keselamatan menggunakan komunikasi Radio Dua Hala iaitu Radio Amatur untuk saling berhubung. Bagi perhubungan di dalam kawasan perkhemahan, mereka menggunakan channel Simplex V18 iaitu di frekuensi 145.225 MHz.


[Ulangkaji]


[Menyiapkan tag yang tidak mencukupi]


[Ulangkaji]


[Di dalam mobile, kenderaan Unit Kawalan Bergerak]

Sebelum aktiviti Skill Station bermula pada 28 April, fasilitator mengulangkaji beberapa perkara yang perlu diajar kepada para peserta. Tugas dibuat pada malam itu, menyiapkan tag kepada peserta, urusetia dan guru pengiring yang tidak mencukupi.


[Membeli keperluan dapur di Pasar Pagi Bazar Buluh Kubu, Kota Bharu]


[Membeli sayuran dan sedikit buah-buahan selepas membeli beras di Tumpat]

Bahagian Persegaran sebelum ini telah membeli sebanyak 10 kampit beras yang setiap satu seberat 20 kg. Namun pada hari perkhemahan, ianya masih lagi tidak mencukupi untuk menampung semua peserta yang hadir diluar jangkaan.


[Skill Station]


[Skill Station bahagian Usungan]





[Balutan]




[Fasilitator di bahagian Balutan]



[9W2ALI]


[Penerangan di bahagian slot Skill Station Komunikasi Kecemasan]







[Radio Amatur]




[Tarian]

Sepanjang perkhemahan ini, beberapa Skill Station perlu dihadiri oleh para peserta mengikut kumpulan iaitu Usungan, CPR, Balutan, Komunikasi Kecemasan, Tarian dan Kepimpinan. Setiap satu Skill Station berlangsung kira-kira satu jam dan bertukar apabila wisel dibunyikan.


[Taklimat kepada fasilitator]





[9W2ZZD]





[CPR]


[Ayam yang sedang dibersihkan]
















[Banner dari Yayasan Islam Kelantan]




[Senaman pagi]





[Taklimat dari Penolong Kem Komandan]







[Taklimat sebelum Petandingan Kawad Kaki]





[Pertandingan Pertolongan Cemas - Bandaging Relay]


[Pertandingan Pertolongan Cemas - Bandaging Relay]



[Pertandingan Pertolongan Cemas - Bandaging Relay]









[Pertandingan kawad Kaki Belia]


[Pengadil, Tuan Norudin]



[Kontinjen SMS Pasir Puteh]


[Kontinjen SMS Pasir Puteh]
















[9W2PBS]





[PPD Bachok]






[Barisan Fasilitator]












[Para peserta]




[Bacaan doa]




[SMK Zainab 1]





[Menonton video yang telah dirakamkan]


[Bersama dengan anak buah]


[Coretan]


[Bermain air selepas selesai mengemas kawasan perkhemahan]


[Di tepi pantai]

Perkhemahan Perdana Peringkat Negeri Kelantan 2011 ini telah dihadiri oleh seramai 2069 orang termasuk peserta, urusetia, pegawai, keselamatan dan lain-lain lagi. Perkhemahan ini menjadi titik sejarah kerana telah diadakan di tapak Kem Latihan BSMM yang pertama di Malaysia. Ianya juga akan menjadi tapak Perkhemahan Sukbel ( Sukarelawan dan Belia) yang akan diadakan pada 28 Mei sehingga 3 Jun 2011.

Perkhemahan ini selain memberi peluang kepada para peserta untuk mengenali ahli-ahli dari daerah yang lain, ianya juga dapat memupuk semangat kerjasama di dalam satu pasukan. Ilmu yang diperolehi oleh mereka diharapkan agar dapat dimanfaatkan sepanjang masa dan akan bersedia untuk memberi khidmat kepada sesiapa sahaja yang memerlukan pertolongan tanpa mengira masa, tempat, agama dan kepercayaan.

p/s: Diharapkan perkhemahan sebegini dapat memberi pengalaman yang berguna kepada para peserta.

6 comments:

Diya Edhayaa said...

mcm seronok je.. xsbr nk pegi SUKBEL ujg bln 5 ni... :)

ash_mza said...

cam beshhhhhhhh~

airmien said...

Diya: Memang seronok. Nanti boleh jumpa peserta negeri lain dan luar negara tike camping Sukbel..pastikan bawa cenderamata untuk ditukar dengan mereka. mereka berminat untuk tukar barangan dengan kita..

Ash: Best sgt. Ramai peserta, 2000 lebih, 2069 org

fathi okazz said...

prkhemahan taun nie mmg best sgt2 ase sdih je bile hari last kem

airmien said...

kem sendiri..masih perlu perbaiki lagi

zaki said...

salam tuan punya blog.. saya ada pertanyaan.
tapak perkhemahan BBSM boleh disewa atai tidak untuk pelajar sklh buat kem tamat latihan badan beruniform.. sila email saya di mcikguzaki@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...