Remove Friend Di Facebook


Facebook, ramai orang kenal laman sosial ini. Tidak terkecuali aku sendiri turut ada akaun di laman sosial ini. Kalau tidak salah, akhir tahun 2008 atau sebelumnya lagi aku mula sertai laman sosial ini.

Ada banyka perkara yang berkaitan dengan laman sosial ini antaranya bertemu kembali rakan-rakan lama yang terpisah sejak sekian lama. Tambah lagi membangkitkan kembali kenangan semasa zaman persekolahan yang setelah sekian lama ditinggalkan. Ada yang sudah berkahwin, bertunang dan sudah mempunyai cahaya mata. Tidak lupa juga,ada grup lepasan sekolah berkenaan atau alumni turut dibuka untuk mengumpulkan kembali rakan-rakan yang telah terpisah sekian lama.





Gambar diatas adalah gambar sebenar yang diambil dari salah satu grup yang telah disertai. Di sebalik gambar itu, terdapat satu cerita. Salah seorang kenalan semasa belajar dahulu telah ditimpa musibah dan nukilan beliau masih kekal di situ. [kemalangan pada 13 Ogos 2010 ketika dalam perjalanan ke tempat kerja pada usia 24 tahun. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau. Al-Fatihah]



Berkenaan sikap segelintir rakan-rakan di dalam laman sosial tersebut yang selama ini baik dan ada juga yang telah kenal sekian lama. Ada masanya, apabila berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku maka mereka akan 'remove' sebagai kawan atau 'unfriend' dengan kita. Apa kata sekiranya aku bukan sahaja 'block' kamu di dalam Facebook tetapi juga 'block' kamu di dalam dunia realiti? Puas hati bukan?

Apa pun, cubalah bersikap matang dalam hidup. Perbuatan 'block' orang dalam Facebook bukan boleh buat apa-apa kesan melainkan mencetuskan api permusuhan. Mungkin kerana mereka ingin lari dari kesilapan yang telah dilakukan, mereka bertindak sedemikian. Boleh juga dikatakan mereka ego dengan sikap mereka dan tidak boleh menerima teguran dan pandangan orang lain.

p/s: Ramaikan kenalan dan suka berkawan dengan ikhlas. Pasti anda boleh.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...