FORUM BELIA KEBANGSAAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA 2010



Pengenalan

Belia Bulan Sabit Merah Malaysia memainkan peranan penting dalam pergerakan Bulan Sabit Merah Malaysia. Justeru, satu forum berhubung belia telah dianjurkan oleh Bulan Sabit Merah Malaysia yang telah diadakan di Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat, Selangor.

Objektif

Melahirkan belia yang mempunyai sifat kepimpinan, bertanggungjawab serta mengamalkan prinsip-prinsip Bulan Sabit Merah Malaysia disamping semangat kerjasama bersama-sama ahli yang lain tanpa dibatasi oleh pasukan, daerah dan negeri. Mendedahkan belia berhubung peranan mereka dan idea yang boleh diberikan untuk pembangunan persatuan.

Laporan Aktiviti

Khamis 28 Oktober 2010

Para peserta yang akan menyertai forum ini berkumpul di perkarangan Ibu Pejabat Kebangsaan di Jalan Nipah, Ampang sebelum dibawa menuju ke destinasi iaitu Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat, Selangor.

Sampai sahaja di kawasan berkenaan, pada peserta diberi sedikit taklimat berkenaan tempat tinggal dan kawasan berkumpul setiap aktiviti. Fail dan nota berkenaan program ini turut diagihkan kepada para peserta. Selesai sahaja taklimat, sesi Suaikenal diadakan berhampiran kawasan lapang di sebelah sebatang sungai disana.

Selesai sahaja aktiviti berkenaan, kami menuju ke dewan terbuka kerana ada taklimat berkenaan aktiviti sepanjang program yang disampaikan oleh Tuan Syah.

Aktiviti sebelah malam telah diadakan sejurus selepas solat isyak dan taklimat disambung dari petang tadi. Taklimat berkenaan disiplin semasa aktiviti ini ditekankan oleh Encik Azmi Tajuddin dan para peserta diminta agar mematuhi setiap peraturan yang telah ditetapkan.

Tidak banyak aktiviti yang dilakukan pada hari ini kerana pada keesokan harinya, ada lagi peserta dari Kelantan akan tiba.

Jumaat 29 Oktober 2010

Aktiviti pagi ini adalah lebih berkenaan jatidiri kepada para peserta. Aktivit lain yang diadakan adalah seperti permainan yang menekankan kerjasama bersama dalam satu kumpulan yang besar. Aktiviti ini tamat pada tengahari dan peserta dilepaskan untuk membuat aktivit yang lain dan bersiap untuk Solat Jumaat.

Aktiviti pada sebelah petang sejurus selesai menunaikanSolat Fardhu Jumaat adalah Komunikasi Kecemasan dan memanjat tembok tiruan. Sebelum aktiviti bermula, para peserta dikehendaki berkumpul dalam satu barisan dan pengagihan kumpulan diadakan. Melalui ini, peserta dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu satu di bahagian Radio Kecemasan dan satu kumpulan lagi untuk aktiviti memanjat tembok tiruan.

Melalui slot Radio Kecemasan, para peserta didedahkan dengan alatan radio komunikasi seperti handy dan rig. Tenaga pengajar yang membantu slot ini ialah Encik Ali Paat (9W2GOD), Encik Abdul Rasid Ahmad Sidek (9M2YRS), Encik LT.(B) Khairul Annuar (9W2XLT) dan beberapa orang yang lain lagi. Aktiviti yang dijalankan di dalam slot ini adalah seperti Pengenalan Kepada Radio Amatur, Penggunaan Radio Amatur, 2 Meter Band, UHF dan lain-lain lagi.

Aktiviti memanjat tembok tiruan yang terletak berhampiran pintu masuk ke kwasan ini diadakan kira-kira sejam selepas aktiviti pertama. Menerusi aktiviti ini, peserta boleh menguji kekuatan fizikal dan mental masing-masing. Sebelum peserta memanjat tembok, keselamatan amat dititik beratkan seperti memakai topi keselamatan dan harnest.

Aktiviti seterusnya adalah Keselamatan Di Dalam Air yang disampaikan oleh Encik Azmi Tajuddin. Para peserta dikehendaki berendam di dalam kolam yang terletak berhampiran aktiviti sebelum ini,memanjat tembok tiruan. Pendedahan tentang keselamatan ini amat perlu kepada semua peserta apabila berhadapan dengan situasi kecemasan di air.

Aktiviti seterusnya diadakan pada sebelah malam ini turut disertai oleh Dato’ Dr Hj Wan Azhar Bin Wan Ali, Pengerusi Jawatan Kuasa Khidmat Sosial, Pembangunan Organisasi dan Belia Bulan Sabit Merah Kebangsaan. Kata-kata motivasi diberikan kepada para peserta forum ini. Pada malam ini, bengkel yang berkaitan dengan belia di dalam persatuan di adakan dan peserta dikumpulkan di dalam beberapa kumpulan. Tugasan yang diberikan kepada kumpulan-kumpulan ini berbeza mengikut tugasan dan dibentangkan.

Sabtu 30 Oktober 2010

Pada pagi ini telah diadakan satu Kuliah Subuh kepada peserta Muslim forum belia ini. Penceramah didatangkan khas dari masjid berhampiran oleh jawatankuasa penganjur. Pembentangan terakhir kumpulan telah diadakan. Melalui pembentangan ini, para peserta berkongsi pendapat berhubung beberapa topik yang diberikan kepada setiap kumpulan.

Selesai sahaja pembentangan, sesi luahan rasa dan pendapat telah diadakan. Ianya memberi peluang kepada peserta untuk meluahkan perasaan mereka sepanjang aktiviti ini berlangsung. Selain itu, harapan mereka terhadap perkembangan persatuan pada masa akan datang.

Penghargaan

Dato’ Dr Hj Wan Azhar B Wan Ali

Pengerusi Jawatan Kuasa Khidmat Sosial, Pembangunan Organisasi dan Belia Bulan Sabit Merah Kebangsaan

Semua Staf Ibu Pejabat Kebangsaan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung

Semua Staf Ibu Pejabat Cawangan Kelantan



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...