Buat Macam Barang Sendiri




Kadangkala perlu juga buat macam barang sendiri. Seperti contohnya, kenderaan persatuan sukarela apabila difikirkan balik apabila buat macam kenderaan sendiri, kita akan selalu menjaganya dari segi penyelenggaraan, kebersihan dan kemampuannya untuk bergerak.

Kenderaan persatuan ini memang boleh dipakai apabila mendapat kebenaran tetapi apabila istilah 'persatuan' bukan bermakna penyelenggaraan terletak kepada persatuan itu sendiri. Buatlah macam kenderaan sendiri. Kalau kotor, pergilah cuci samada ke kedai memcuci kenderaan atau cuci sendiri.

Kebersihan tidak selalu dijaga, apabila digunakan terus disimpan tidak dijaga. Apabila ahli lain yang nak gunakan kenderaan tersebut, makin teruk adalah. Pakat buat macam ada orang lain yang akan membersihkan kenderaan berkenaan termasuk segala kerosakan yang telah dilakukan oleh ahli yang menggunakan sebelum ini.

Apabila mendapat kebenaran untuk menggunakan kenderaan tersebut, gunalah secara berhemah. Jangan pula buat kenderaan itu seperti kenderaan yang tidak akan rosak selamanya dan tidak dijaga perkakasan enjin dan keupayaannya.

Sikap tidak bertanggungjawab sesetengah ahli ini kadangkala merosakkan nama persatuan dan sikap mementingkan diri sendiri ini seharusnya dikikis dari dalam diri sebelum ianya menjadi gejala yang tidak dapat dibendung.

p/s: Selalu buat sesebuah kenderaan itu seperti kenderaan sendiri.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...