Duty Maraton SMK Dato' Ahmad Maher

Pada 27 Januari 2010 iaitu hari Khamis, satu acara marathon telah diadakan di SMK Dato Ahmad Maher. Berikut adalah gambar-gambar yang sempat diambil sepanjang acara berkenaan;
























Semasa duty, salah seorang peserta telah dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab 11 kerana 'Hyperventilation'. Semasa berada di sana juga, salah seorang pelajar sekolah berkenaan telah dilanggar oleh kenderaan sebelum datang ke sekolah. Harap semuanya baik.
p/s: Berhati-hati di jalan raya

Duty Kawasan Pelupusan Terbakar

Pada 21 Januari yang lepas,aku telah mengikuti satu tugasan untuk memasak kepada pasukan Bomba dan Penyelamat yang bertugas memadamkan api di kawasan tempat pelupusan sampah Sabak. Kami bertugas di kawasan Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa.

Tugas memasak ditamat pada pukul 1630 @ 4.30 petang pada 24 Januari 2010. Selain pasukan kami, Bulan Sabit Merah Malaysia Cawangan Kelantan, kami juga dibantu oleh Skuad Amal Kelantan (Pengkalan Chepa).

Berikut adalah gambar ketika bertugas yang sempat diambil:


[pendaftaran sukarelawan di Balai Bomba Pengkalan Chepa]


[Setiap sukarelawan dikehendaki menulis nama untuk rekod]


[Memotong bawang untuk dicampur ke dalam sardin]


[En. Mazlan sedang mengacau kuah]


[Menyediakan kopi]


[Antara petugas yang bertugas]


[Kopi siap disediakan]


[Memasak bawang besar]


[Nasi untuk dibungkus]


[Memasak untuk 50 orang anggota Bomba]


[Petugas berhampiran dapur]


[Sardin]


[Lauk sudah siap dimasak]


[Zikri berhampiran jentera Bomba]


[Salah seorang sukarelawan]

p/s: Terima kasih turut diucapkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat yang telah menyumbangkan bahan-bahan untuk kami memasak seperti beras, sardin dan lain-lain lagi.

Pesanan Terbaik Dari Seorang Rakan




Just wanna share with everyone kisah benar yang saya lalui. Baru- baru ni ketika saya nak ke Surau berdekatan dgn rumah saya untuk sembahyang Isyak, seorang pak cik berjanggut putih dan berjubah putih dari jauh melemparkan senyum kepada saya.


Kerana masih ada banyak waktu, saya tunggu pak cik berjanggut putih tu dan bertongkat yang tidak saya kenali itu. Timbul di hati saya untuk jalan seiringan ke surau. Bila beliau hampir pada saya, kami saling memberi salam. Orangnya sudah berumur.


Tiba-tiba, pak cik itu memulakan perbualan. Beliau cakap dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang agak baik. Beliau cakap semua ayat Quran baik dan penting, tapi ada tiga surah yang beliau 'pegang' betul-betul, dan beliau nasihatkan saya supaya pegang betul-betul juga.


Beliau juga nasihatkan saya supaya pesan pada anak-anak supaya pegangnya betul-betul.


Pertama, kata beliau, surah Al-Fatihah.

Selain penting untuk sah sembahyang, ia juga ada doa minta bantuan Tuhan dan mintak tunjukkan jalan yang betul. Mudah-mudahan dengan 'menjaga' bersungguh-sungguh surah Al-Fatihah, akan terbuka pintu bantuan dan jalan yang betul untuk kita, kata pakcik.


Kedua, Surah Al-Ikhlas.
Surah ini, katanya surah tauhid. Kita mesti ingat Tuhan itu Esa dan semua amalan mesti untuk-Nya. Tak guna buat baik tapi tak ikhlas.


Ketiga, surah Al-Kafirun..

Bahagian ini, menarik sikit.. Pak cik tu cakap surah Al-Kafirun ada kena mengena dengan zaman sekarang, zaman globalisasi. Dalam zaman globalisasi, katanya, anak-anak saya mesti diajar supaya pegang betul-betul surah itu. Sebab, dalam zaman globalisasi, anak saya mungkin kena kerja atau belajar sampai ke Amerika atau ke mana-mana. Kalau dia pegang pada surah Al-Kafirun, insya-Allah, dia akan selamat, kata pak cik. Dia akan bergaul dengan orang beragama lain, tapi dia sedar 'untukmu agamamu, untukku agamaku' . Betul juga, fikir saya.


Kemudian, pak cik cakap ada satu lagi perkara yang saya mesti pegang. Orang Islam, katanya, mesti ada tiga kekuatan.


Pertama, kekuatan minda Minda , kata pak cik, ialah ilmu. Orang Islam mesti ada ilmu, termasuk ilmu moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi maklumat (IT) dan sebagainya kerana ilmu-ilmu itu perlu untuk hidup.






Kedua, kekuatan hati Hati ialah iman, kata pak cik. Hati orang Islam mesti kuat supaya betapa banyak sekali pun ilmunya, dia sedar siapa yang lebih berkuasa. Bila ilmu ada iman, barulah ilmu dan hidup jadi betul. Kala u minda kuat tapi hati tak kuat, maknanya kekuatan tak seimbang dan ilmu boleh rosakkan iman, kata pak cik.


Ketiga, kuat fizikal Pertama-pertama, kalau tubuh badan lemah, susah ilmu nak masuk dalam minda, kata pak cik. Kala u pun ada ilmu dan ada iman, jika tubuh badan tak kuat, susah nak beramal. Maknanya, kekuatan masih tak seimbang, katanya . Habis saja pak cik cakap pasal tiga surah dan tiga kekuatan, beliau minta diri dan hilang dari pandangan saya setiba nya di surau tersebut.


Terima kasih kepada pak cik berjanggut tu.. Sebelum itu beliau berpesan agar saya sebarkan kepada yang lain. Pesanannya memang baik untuk saya sampaikan. .


p/s: Petikan dari group di internet..harap dapat kongsiuntuk semua..

Kronologi Gerhana Matahari Separa




Satu fenomena Gerhana Matahari Separa telah berlaku pada 15 Januari 2010 bermula lebih kurang dari pukul 3.45 petang hingga 5.45 petang..

Berikut adalah kronologi kejadian yang sempat dirakamkan dengan menggunakan kamera digital dan juga kamera video..









































































Alatan yang telah digunakan adalah seperti kamera digital, kamera video, tripod dan tidak ketinggalan 'airpress' kereta. Disebabkan tiada filter yang bersesuaian, 'airpress' telah dipilih kerana ianya sebagai ganti kepada cermin gelap.. Tidak dapat mengambil gambar sampai habis kerana kehabisan bateri.. Lokasi adalah di perkarangan Ibu Pejabat Bulan Sabit Merah Cawangan Kelantan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...