Apabila Kami Borak Kosong..

[Sekadar gambar sahaja..Bukan di Seksyen 17..]


Tadi penulis dan kawan-kawan yang lain seramai empat orang keluar makan di salah sebuah kedai makan di Seksyen 17, Shah Alam.. Kami dari Klang untuk hantar Sretcher yang telah dipinjam kepada kami pada hari Sabtu lepas sempena Pertandingan Kawad Kaki Sekolah Menengah Peringkat Petaling Perdana..

Ketika kami makan, banyak yang kami bualkan..Antaranya pasal makanan, sosial dan lain-lain lagi termasuklah kehidupan kami..Ada tiga kaum berbeza ketika ini; penulis (Kota Bharu,Kelantan) dan seorang lagi kawan (Wangsa Maju,Kuala Lumpur) berbangsa Melayu (Muslim), seorang perempuan (Kapar, Klang) berbangsa India (Hindu) dan seorang lagi lelaki ( Kuching, Sarawak) berbangsa Bidayuh (Kristian)..

Antara perbualan kami berhubung makanan seperti makanan di sesetengah tempat tidak sama dengan tempat kami..Seorang kawan dari Kuala Lumpur pernah tinggal di Kelantan kerana mengikut emaknya bekerja di sana suatu ketika dahulu..Harga makanan di Kelantan banyak pilihan dan harganya memang berbaloi kerana dengan dengan harga RM1 boleh makan sampai kenyang..Tidak lupa bahawa dia ketika ini amat gemar Nasi Kerabu dan order Nasi Kerabu di hadapan penulis..Teman penulis berbangsa India yang turut bersama kami turut merasai Nasi Kerabu dan pertama kali memakannnya..

Turut terkandung dalam topik perbualan kami, relevankah program Bersamamu di TV3.. Teman penulis dari Kuala Lumpur berpendapat ianya tidaklah begitu sesuai kerana ianya seakan-akan menggalakkan orang meminta simpati dari berusaha sendiri..Teman penulis dari Sarawak turut bersetuju kerana ada hujah masing-masing..

Teman dari Sarawak bertanya, 'Kenapa program Bersamamu hanya fokus kepada Semenanjung sahaja?'..Sedangkan di kepulauan Borneo, masih ada yang meraih simpati dari orang ramai..Satu persoalan yang agak menarik..

Bagi mereka yang meraih simpati sedangkan mereka ada kudrat, seeloknya buatlah kerja bukan semata-mata mencari kerja..

Satu cerita dari teman penulis dari Kuala Lumpur; dia pernah tinggal bersama keluarga di rumah haram kerana ketika itu amat perit..Pernah merasai kesempitan hidup dan lain-lain lagi..Mungkin tidak perlu diceritakan di sini kerana bagi penulis, ianya memang satu cabaran hidup yang perlu mereka tempuhi suatu ketika dulu..

Teman penulis dari Sarawak, datuknya hanya bekerja kampung..Buat kerja kampung dan masih boleh hidup dan buat kerja bukan meminta orang menyuap nasi ke mulut..Mungkin ianya sukar untuk diterima masa kini tetapi jika terlalu mengharapakn orang lain, selamanya tidak akan berdikari..

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

p/s: Ketika berjalan, bukalah minda..Banyak pengalaman yang boleh dikutip..Insya Allah..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...