Thaipusam 2009

Pada 6 hingga 8 Februari lepas, penulis dan beberapa orang rakan telah bertugas sempena Hari Thaipusam di Batu Caves, Selangor. Kami bertugas di bawah Bulan Sabit Merah Malaysia sebagai anggota Pasukan Bantuan Sukarela. Unit kami belum ada nombor lagi kerana usia penubuhan, tidak sampai lagi sebulan. Kami dipecahkan kepada beberapa kumpulan yang masing-masing bertugas mengikut kumpulan masing-masing. Penulis telah mengikut kumpulan tugasan A dan C daripada kumpulan A, B, C, D, E, F dan G.


[Jadual Bertugas]

Pada mulanya, penulis menjangkakan kami seramai 7 orang akan pergi bertugas pada hari pertama tetapi di sebabkan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan, maka kami seramai dua orang ( penulis dan seorang lagi ahli Bulan Sabit Merah ) sahaja yang tinggal. Ianya tidak menjadi masalah bagi kami kerana ini merupakan duty pertama kami serta merupakan tempat yang pertama kali bagi kami berdua, datang ke Batu Caves.

Kami menaiki tren komuter dari Stesen Batu 3 dan bercadang terus ke Sentul sebelum ada orang mengambil kami di Stesen Sentul, terus ke Batu Caves. Pada mulanya, kami ingat
pasukan sukarelawan tidak perlu membayar tiket komuter pada malam tersebut tetapi
jangkaan kami meleset kerana ianya bermula pada keesokan harinya, 7hb. Nampaknya,
kami terpaksa beratur untuk membeli tiket bersama dengan penumpang yang lain.


[Stesen Komuter Batu 3]

Sepanjang perjalanan, kami tidak dapat tempat duduk kerana pada malam tersebut, kebanyakan penumpang adalah berbangsa India dan mereka dalam perjalanan menuju ke Stesen Kuala Lumpur. Mereka akan berarak dari Kuil di Kuala Lumpur berjalan kaki tanpa alas kaki seperti selipar dan kasut ke Batu Caves. Jarak perjalanan adalah 12 jam. Sepanjang perjalanan ini, mereka berhenti di setiap check point yang telah diatur selama beberapa minit. Ada kalanya sehingga hampir sejam di tempat berkenaan.

Jangkaan kami, kami akan berhenti di Sentul tetapi mengikut naluri yang ada, mungkin kami boleh terus ke check point pertama di mana, akmi tidak perlu ke Gombak, dan patah balik ke Check Point pertama yang terletak di Kuala Lumpur. Sudah semestinya ianya amat merugikan masa dan tenaga.







[Penulis dengan salah satu pakaian seragam bertugas pada malam berkenaan]

Pada mulanya teman penulis hanya memakai t-shirt biasa manakala penulis pula memakai t-shirt di bahagian dalam manakala di bahagian luar pula, memakai sweater kerana tidak tahan dengan kesejukan malam. Sampai di Kuala Lumpur, kami menyarungkan vest merah, sebagai tanda kami adalah sukarelawan Bulan Sabit Merah yang sedang bertugas sempena perayaan Thaipusam.


[Suasana malam Thaipusam]


[Peserta perarakan memenuhi ruang yang ada]

Penulis dan teman tidak melepaskan peluang yang ada dengan mengambil gambar suasana ketika bertugas. Setiap gambar yang diambil, akan dibuat catatan kerana ini merupakan duty pertama bagi unit kami. Walaupun usia unit kami baru lagi, tetapi ada di antara kami yang sebelum ini telah menyertai Pasukan Bantuan Sukarela bagi negeri masing-masing.


[Penulis dengan pakaian bertugas dan vest]

[Teman penulis dengan pakaian bertugas dan vest]


Sebelum perarakan, kami telah didatangi seorang peserta yang mengadu sakit kaki. Melalui perbualan, kami dapati peserta berkenaan hanya terseliuh kaki sahaja. Tidaklah berat sangat. Sepanjang perjalanan kami ke Batu Caves, kami berjalan masuk di celah-celah orang ramai, di bahagian belakang. Selain kami, ada juga dari Unit Pakaian Seragam yang lain seperti Polis, FRUdan St.John Ambulance. Dari celah-celah orang ramai, pasukan bertugas dari kumpulan A dalam satu kelompok bergerak bersama, tidak berpecah. Pada pendapat kami, mungkin mereka masih baru lagi dalam Pasukan Bantuan Sukarela.




[Pertunjukan Tarian Singa yang dipersembahkan oleh bangsa India sendiri]

Perjalanan memakan masa yang lama ini memang memenatkan. Sepanjang perjalanan, kalau tidak mengantuk, memang tipu la. Dengan suasana sejuk dan mengantuk tidak boleh nak diceritakan disini. Kami bernasib baik kerana, kedai serbaneka, 7-Eleven ada sepanjang perjalanan. Kami membeli bekalan makanan, kerana perjalanan kami masih jauh dan lama lagi. Botol air di tangan tidak dilupakan kerana bagi kami, ianya berguna apabila rasa mengantuk, air boleh diminum dan membasuh muka.

Berhenti di satu tempat, kami ternampak ada peserta yang berhenti di tepi jalan, di depan kadai. Kami menghmpiri kumpulan berkenaan dan bertanya sekiranya ada masalah yang boleh kami bantu. Mereka berkata, salah seorang daripada mereka sakit di bahagian tapak kaki. Setelah diperiksa, teman penulis dapati, ada cebisan kaca menusuk ditapak kaki. Cebisan kaca tersebut perlu di keluarkan kerana jika tidak dikeluarkan, mungkin kaki peserta tersebut akan bernanah kerana dimasuki kuman. Kaca dikeluarkan dengan peralatan yang serba ringkas, hanya dengan gunting kecil bukan dengan forcep atau tweezer. Setelah dikeluarkan, tempat luka dicuci dan ditampal plaster.

Sepanjang perjalanan, kami banyak berbual kosong dan memerhati bangunan di sekeliling. Bagi kami, inilah pertama kali kami berjalan di tempat dan jalan berkenaan. Tandas dan bilik air sepanjang perjalanan tidak perlu dirisaukan kerana stesen pam minyak dan hospital swasta dibuka sepanjang masa. Kami pula terpaksa pergi ke Balai Polis Sentul kerana hanya itu yang tidak begitu sibuk dengan peserta perarakan.


[Sempat lagi berposing di Balai Polis Sentul]

Bila menjelang waktu subuh, kami mencari stesen minyak yang ada surau untuk solat subuh pada hari bekenaan. Tetapi agak menghampakan kerana kebanyakan stesen minyak sepanjang jalan ini, tidak terdapat surau pun. Nasib kami agak baik kerana ada Restauran KFC di sini. Alhamdulillah, perintah Allah tidak dilupakan walaupun kami bertugas. Selesai solat subuh, kami mengalas makanan di KFC dan berehat seketika di sana.

Bila pagi menjelma, kebanyakan peserta sudah mula merasai kepenatan dan sedikit kekejangan di bahagian sendi. Kami bergerak di bahagian belakang, jauh terbelakang berbanding kumpulan bertugas yang lain. Bagi kami, lebih suka diistilahkan sebagai sweeper, sapu di bahagian belakang berbanding di tengah dan belakang. Ini adalah kerana, ada sesuatu yang tidak begitu setuju dengan cara dan tindak-tanduk kumpulan berkenaan.





[Peserta yang menerima rawatan sepanjang perjalanan]

Sepanjang perjalanan, ada peserta yang berteduh di bawah redup pohon. Berhenti seketika untuk melepaskan lenguh dan letih seketika. Tiadk berapa jauh dari Batu Caves, terdapat satu stesen minyak Petronas. Kami menjenguk peserta yang berehat dan kebanyakan dari mereka
adalah warga emas, perempuan. Ada antara meraka sudah mulai merasa sakit di bahagian buku lali dan tapak kaki kerana berjalan lama. Ada juga yang tertusuk kaca di sini. Kami hanya mampu memberi bantuan cukup seadanya. Selepas itu, perjalanan diteruskan walaupun bahu kami terasa lenguh dengan beg terpikul di belakang. Kami ketika ini tetap di bahagian belakang dan jauh berbanding kumpulan lain. Bagi kami, lebih selesa begini berbanding kumpulan tetapi tidak peduli dengan peserta Thaipusam.

Kami tiba di Batu Caves agak terbelakang dari kumpulan lain. Orang ramai berpusu-pusu
memenuhi tempat berkenaan. Keadaan jalan agak sesak dan hon dibunyikan oleh pemandu yang tidak sabar untuk meneruskan perjalanan masing-masing.

[Antara ambulans di Batu Caves]


[Antara peserta yang terlibat]


Ada satu kejadian, si suami tidak perasan bahawa isterinya pengsan disebelahnya. Mengikut
naluri teman penulis, ianya agak pelik kerana setelah dikejutkan beberapa kali, isterinya tetap tidak sedarkan diri. Dia pengsan, bukan tidur. Keadaan agak tegang seketika kerana satu perkara, suasana yang panas dan matahari tegak terpacak di kepala, boleh membuatkan setiap orang merasa tidak selesa.

Selesai sahaja bertugas pada tugasan pertama, penulis dan teman tidak melepaskan peluang untuk meninjau kawasan sekeliling sebelum masuknya tugasan kedua, bermula kira-kira pukul 9 malam, pada hari yang sama.

[Penulis sebelum tugasan kedua pada hari yang sama]


[Teman penulis dan salah seorang lagi petugas dari unit yang sama]

Sebelum masuk tugasan kedua, kami telah dilepaskan untuk menikmati makan malam di gerai yang telah disediakan, khas untuk petugas sepanjang berada di Batu Caves. Kami dibekalkan dengan kupon dan setiap kupon berkenaan bernilai RM3 dan RM5.

[Aksi sempoi penulis dan teman]

Pada tugasan kedua ini, kami dikehendaki berkumpul di Base Camp dalam kumpulan besar sebelum dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil di mana kumpulan-kumpulan ini akan bergerak ke kawasan yang telah ditetapkan. Tugasan kali ini, penulis telah ditugaskan di bahagian tangga. Setiap anak tangga sebanyak 272 ini akan ada sepasang petugas yang akan memastikan bahawa tiada kejadian yang tidak diingini berlaku.

[Mini Medical Site di depan Gua Gelap]

[Salah seorang pesakit yang menerima rawatan]

[Peserta yang menerima rawatan di tangga]

Tugasan pada sesi ini selesai pada pukul 9 pagi pada keesokan harinya. SEbelum pulang ke Shah Alam, kami bergambar di tangga Batu Caves sebagai bukti kami telah bersama-sama dengan ahli unit yang lain, sama-sama bertugas sempena Thaipusam pada tahun 2009.

[Bergambar di tangga Batu Caves]

[Ahli unit penulis]

Sebelum kami bertolak pulang ke destinasi kami dengan menaiki keretapi dan komuter yang telah disediakan, kami sempat bergambar dengan barisan petugas sempena perayaan Thaipusam pada tahun 2009 ini.

[Bersama Pengerusi Bulan Sabit Merah Cawangan Selangor]

[Bersama Salim, ahli BSMM cabang Petaling]

[Bersama En.Soma, Pengarah BSMM Cawangan Selangor]

[Bersama beberapa barisan petugas yang terlibat]

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

p/s: Buat kerja dengan enjoy dan menambah kenalan baru..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...